18 Julai 2018 - 18:27
Hampir Semua Kilang Di Gaza Ditutup

Jawatankuasa Popular Tamatkan Pengepungan Gaza berkata bahawa 80 peratus kilang di Gaza telah ditutup sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatankuasa Popular Tamatkan Pengepungan Gaza berkata bahawa 80 peratus kilang di Gaza telah ditutup sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

Ia menambah bahawa situasi itu menjejaskan 300,000 pekerja dan menyebabkan beribu-ribu lagi siswazah menganggur.

Israel, dengan sokongan Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin katanya, telah mempertahankan pengepungan di Gaza selama 12 tahun.

"Keadaan diburukkan lagi apabila komuniti antarabangsa tidak mengambil tindakan untuk menamatkannya," ujar al-Khodari.

Menurut Al-Khodari lagi, Israel menghalang semua bahan-bahan perindustrian dari memasuki Gaza.

"Ini telah melumpuhkan sektor perindustrian," katanya.

Beliau menekankan perlunya usaha Palestin, Arab dan antarabangsa yang bersatu untuk menamatkan pengepungan Israel. - Middle East Monitor